Tuesday, 21 June 2011

Eropah

senyum lebar....
               Pada suatu hari saya dan sobat telah di hubungi oleh seorang insan yang telah menceritakan bla..bla..bla..bla..nya yang sangat menarik minat kami berdua. Apabila mendengar bla..bla..bla..nya..kami berdua tersenyum lebar hingga ke telinga...nasib air liur tak menitik keluar...huhuhuhuhu...hebat betul cerita itu.......
           
     Selepas mendengar khabar tersebut,   hati saya dan sobat sentiasa girang hinggakan bak kata pepatah tidur tak basah mandi tak lena..hahahahaha...memang hebatt....(opps...kalau salah pepatah itu tolong betulkan yeerrr....hehehehe)
berangan-angan..
   
Yang paling bestnyer kami berdua selalu berangan jenuunnn..maklumlah...terdengar citer baik tadinyer...
Angan-angan tinggi menggunung..., mengalahkan ketinggian gunung everes......huhhhhhhhh...cayooolah.....
Tak kira dimana jua berada angan-angan kami turut bersama2 lebih-lebih lagi dekat PARKSON..,BOLIVARD..MERDEKA MALL...semuanya..., dimana jua berada.."hebatkan kami.....".
Menurut citer orang itu,  kami akan di kejutkan oleh mereka dalam beberapa hari yang akan datang.....kami berdua sangat tabah menunggu saat itu.......kami berangan nak pergi EROPAH bersama...."ohhh EROPAH tunggu kedatangan kami......" saatnya akan tiba jua nanti..."sabar jak lah owhhhh...".

           Pada suatu hari dan masa  yang tanpa kami duga(semasa itu kami di pejabat)...jeng..jeng.jenggg....saat yang dinanti-nantikan telah tiba..kesabaran ku hilang seketika..dengan tidak sabar-sabar...aku tertelefon orang itu dan bertanya bla..bla..bla...blerrrrr....Dengan panjang lebar bla..bla..bla..aku dengan orang itu dan "CLIK" telefon ku tutup...baru seketika aku menyimpan gagang telefon lalu sobat ku pun muncul di depan mataku lalu..bertanya..."apamacam kaban.." Akupun menarik tangan beliau lalu ku bawa masuk ke bilik rehat di pejabat kami....lalu ku persilakan duduk....dengan..hati yang pilu milu,  akupun menceritakan khabar berita yang sangat mengecewakan..itu". OOOO...TEDAHHHH...kecian...Angan-angan kami berdua punah segalanya..kami benar-benar kecewa..."SINUKUK HANTAP WANG YANG MENGECIWAKAN KAMI DUA SOBAT ATUk.."..kami berdua banar-benar kecewa..punah lah harapan nak pergi EROPAH..".OWWWHHHH EROPAH"...hajat tak sampai apakan daya.....cian ehhhhh....

sedih laaa...

Walaupun kekecewaan itu masih dapat kami rasakan namun semangat juang kami ingin bla..bla..bla..kian membara..bak kata pepatah "..AGIK IDUP AGIK NGELABAN.."..dengarlah kenkawan ku semua dimana ada usaha disitu ada jalan menuju ke puncak kejayaan.....


Jangan biarkan hidup kita dirundung kesedihan yang teramat sangat...masalah kalau dipikir akan tambah menjadi masalah.....masalah itu haruslah di selesaikan dengan usaha kita sendiri......

"hatiku sedih dan pedih..sobattt...bule ko tulun aku...."
READ MORE - Eropah

Monday, 20 June 2011

Perbualan Nabi & Iblis

Soalan Nabi s.a.w :  "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis           : "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji.
So

Soalan Nabi s.a.w : : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari.

Soalan Nabi s.a.w : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis: "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.
Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."


Soalan Nabi s.a.w : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya." 



Soalan Nabi s.a.w : "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Disitulah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu.  "

Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"

Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.



Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".


Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau?


Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka
Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".
"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buahhamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur iblis dan syaitan.


Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis !
Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".

Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya
".

Maka firman Allah SWT :
"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku". 

Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1.Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu
Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.
Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu
Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad
dua kebahagiaan;

1.Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS).


2.Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"



Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.

SEMOGA KITA SENTIASA MENGINSAFI SEGALA TIPUDAYA IBLIS INI DAN
DIHARAP DAPAT MENYAMPAIKANNYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DARI SEMASA
KE SEMASA...............



Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikan dari Ku walau sepotong ayat".



READ MORE - Perbualan Nabi & Iblis

Wednesday, 15 June 2011

AMARAH

Bagai manakah rupa anda marah :-




1. Yang nie marah...



2. Haaa nie..mare-mere......



3.Amarah betui nie...


4.Marah.. terkejut beruk.....huhuhuhu


5. Marah-marah bengang......


6. Marah jeling-jeling.....



7. Haaa yang nie..marah-marah senyum.....

8. waduhhhh...yang marah ngutik...hahahahaha....



Selamat memilih....
READ MORE - AMARAH

Tuesday, 14 June 2011

Jantung sihat ( 5 cara agar jantung sihat )





Rokok
Hindari rokok dan alkohol  kerana keduanya akan menurunkan kadar HDL (High Density Lipoprotein) yakni kolestrol yang sifatnya baik. Penurunan HDL akan memicu serangan jantung koroner.




Hindari makanan berkolestrol tinggi.Makanan berkolestrol tinggi tidak baik untuk kesihatan jantung kerana makanan tersebut dapat menyebabkan sumbatan pada pembuluh jantung.


Hindari kegemukan yang boleh menimbulkan penyakit jantung. Orang yang terlalu gemuk boleh terkena serangan jantung 35% dari orang yang bertubuh ideal.Turunkan berat badan dengan cara berdiet dan bersenam secara teratur.

Bersenam
Perhatikan tekanan darah anda. Tekanan darah tinggi merupakan risiko terhadap timbulnya serangan jantung. Untuk itu hindari hal-hal yang memicu tekanan darah tinggi.


Jangan selalu stress dan kawal emosi anda.....

Bersenam secara teratur dan orang yang bersenam tidak mudah untuk terkena serangan jantung. Penelitian membuktikan senaman teratur membantu melindungi tubuh dari serangan jantung.Senaman hendaklah disesuaikan dengan usia dan kemampuan. Ceriakan diri anda....

Ceria





READ MORE - Jantung sihat ( 5 cara agar jantung sihat )

Monday, 13 June 2011

Kenal DIRI dari TARIKH LAHIR(DR.Fadilah Kamsah)

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin
Cerminkanlah diri anda dan berkemungkinan sifat-sifat ini ada didalam diri anda mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi orang yang bergua....
READ MORE - Kenal DIRI dari TARIKH LAHIR(DR.Fadilah Kamsah)